SEKATAN jalan raya akan dipertingkatkan di bawah Perintah Kawalan Pergerakan fasa ketiga (PKPD) kerana trafik dilihat semakin meningkat, kata Ismail Sabri Yaakob.
“Semalam, polis memeriksa 585,280 kenderaan, lebih banyak daripada sehari sebelumnya dan menangkap 1,565 individu yang melanggar PKP,” kata menteri pertahanan dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.
Ismail mengatakan bahawa polis telah mereman 1,381 dan membebaskan 184 dengan jaminan polis.
Beliau mengatakan peningkatan lalu lintas mungkin disebabkan orang yang ingin kembali ke kampung halaman untuk bulan puasa yang akan bermula minggu depan.
“Dengan demikian, kami berniat untuk membuat lebih banyak sekatan jalan raya,” kata Ismail Sabri.
Beliau mengatakan bahawa sekatan kerajaan untuk perjalanan antara negeri masih berjalan.
Ismail mengatakan bahawa tidak akan ada penerbangan domestik selain penerbangan ke Sabah dan Sarawak seminggu sekali.
“Mereka yang melakukan perjalanan dari Semenanjung ke Sabah dan Sarawak secara automatik akan dikuarantin. Begitu juga bagi mereka yang telah lama transit di Semenanjung,” kata Ismail.
Beliau mengatakan bahawa masih ada beberapa penerbangan domestik melalui lapangan terbang Subang yang dikendalikan oleh Firefly tetapi perjalanan seperti itu dilakukan secara khusus.
“Dasar kami mengenai perjalanan antara negeri masih sama baik melalui jalan darat, udara atau laut. Sesiapa yang ingin melancong ke luar negara mesti memohon kebenaran daripada polis. Jika tidak, mereka akan dihentikan dari menaiki pesawat.” – 18 April, 2020.
Komen