Jumlah pulih Covid-19 melebihi kes baharu, kata Noor Hisham


Ragananthini Vethasalam

Petugas kesihatan mengenakan peralatan perlindungan peribadi sebelum memulakan tugas menangani penularan wabak Covid-19.– Gambar fail The Malaysian Insight, 16 April, 2020

DENGAN 119 pesakit pulih dan dibenarkan pulang sekaligus menjadikan jumlah pulih Covid-19 melebihi jumlah kes baharu, kata Dr Noor Hisham Abdullah.

Ketua pengarah kesihatan itu berkata, ini menjadikan jumlah pesakit pulih kepada 2,766 atau 53.4% daripada jumlah keseluruhan kes yang dilaporkan.

Menurutnya, 110 kes baharu dilaporkan setakat pukul 12 tengah hari ini, menjadikan jumlah jangkitan 5,182.

Sementara itu, satu kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian 84 orang.

Mangsa merupakan lelaki berusia 66 tahun yang mempunyai sejarah penyakit kronik seperti penyakit jantung dan tekanan darah tinggi.

Lelaki berkenaan dirawat di Hospital Kuala Lumpur dan disahkan meninggal dunia pada pukul 12.55 petang semalam.– 16 April, 2020

 

MENYUSUL 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen