LIMA lagi makmal ujian pengesanan akan ditubuhkan untuk meningkatkan kapasiti ujian Covid-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Setakat ini sebanyak 11,500 ujian dijalankan di 43 makmal setiap hari.
Dr Noor Hisham berkata dengan lima makmal ini kementerian akan mempunyai keupayaan untuk meningkatkan kapasiti sasaran 16,500 ujian setiap hari.
Lima makmal tersebut akan didirikan di Sandakan, Tawau, Miri, Bintulu dan Kluang.
“Yang penting adalah bagaimana kita dapat mengoptimumkan makmal kita kerana ada banyak kes yang belum selesai.
“Kita tahu ujian Polymerase Chain Reaction (PCR) mengambil masa sekurang-kurangnya enam jam. Sekirnaya terdapat lebih banyak kes, keputusannya akan ditangguh dari 24 hingga 48 jam,” katanya.
Beliau berkata PCR akan digunakan untuk mendiagnosis virus sementara ujian antibodi akan digunakan pada mereka yang berada di bawah kategoru kontak dekat dan ditempatkan di bawah kuarantin.
Tambahnya ujian antibodi juga dikenali sebagai serologi yang hanya mengambil sedikit masa dan tidak perlu menghantarnya ke makmal.
Dr Noor Hisham berkata ujian PCR akan dilakukan untuk mengesahkan semula kehadiran virus berkenaan.
Virus ini kini sudah menjangkiti 4,987 orang dan membunuh 82 orang. – 14 April, 2020.
Komen