Sistem permohonan dalam talian Miti masih gagal diakses


Noel Achariam

Miti mengeluarkan arahan hanya sektor ekonomi tambahan terpilih sahaja yang dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh PKP, tertakluk kepada kelulusan dan protokol kesihatan dan keselamatan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 14 April, 2020.

AKAUN Twitter Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (Miti) dihujani aduan dari pemilik perniagaan susulan gagal mengakses sistem aplikasi permohonan untuk meneruskan operasi sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP).

Mereka menyuarakan kekecewaan dan mempersoalkan janji kementerian itu semalam dan sekali lagi malam tadi untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi dengan secepat mungkin.

Pagi tadi, Miti mengeluarkan notis di platform media sosialnya dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris berserta pautan ke laman sesawang untuk syarikat memohon kebenaran beroperasi sepanjang PKP.

Bagaimanapun, berdasarkan aduan yang diterima, laman sesawang berkenaan masih tidak dapat diakses selepas mendaftar masuk.

“Saya berjaya daftar masuk dan isi semua maklumat, tetapi bila saya tekan butang ‘simpan’ dan ‘seterusnya’, sistem kembali semula kepada halaman mendaftar (macam fungsi butang simpan dan seterusnya sama saja).

“Tolong buat sesuatu kalau tidak macam mana kami nak hantar permohonan,” kata SyaziAhmad@SyaziAhmad di Twitter.

Fathul hanani@naniwootwoot pula berkata: “Berapa kali nk cuba?!!! 

“Saya dah submit tapi kenapa still tak boleh? Dari semalam saya buat still tak boleh,” kata Cik Gojess@ainulabrahman.

Ada pengguna Twitter lain berkata mereka menerima mesej “Ralat 419” setiap kali mendaftar masuk ke laman sesawang Miti. – 14 April, 2020.

Berita penuh di sini.        


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen