SERAMAI 168 pesakit pulih hari ini dan dibenarkan keluar yang mana jumlah ini melebihi jumlah kes baharu positif Covid-19.
Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah dalam sidang akhbar hari ini berkata 134 kes baharu dilaporkan setakat jam 12 tengah hari menjadikan jumlah keseluruhan kes sebanyak 4,817.
Daripada 4,817 kes, 2,464 adalah kes aktif di mana pesakit diletakkan di dalam wad isolasi dan masih dirawat.
Sementara itu terdapat satu kematian dilaporkan hari ini membawa jumlah kematian seramai 77 orang.
Mangsa berusia 62 tahun merupakan kontak rapat dengan pesakit yang dijangkiti.
Lelaki berkenaan yang menerima rawatan di Hospital Melaka meninggal dunia pada jam 9.15 pagi tadi
Dia mempunyai sejarah masalah kesihatan seperti penyakit jantung, darah tinggi dan buah pinggang. – 13 April, 2020.
Komen