Haiwan terbiar di pusat perlindungan turut rasai tempias PKP


Ravin Palanisamy

Seorang pekerja restoran di Putrajaya memberi makan kucing terbiar. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 13 April, 2020.

PUSAT perlindungan haiwan melihat masa depan suram bagi binatang terbiar termasuk kucing dan anjing dalam jagaan mereka sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan (PKP) dan seterusnya.

Gabungan masalah - kekurangan makanan untuk haiwan terbiar dan jangkaan penurunan pengambilan haiwan peliharaan dan derma untuk tempat perlindungan - adalah kebimbangan utama mereka ketika PKP, kata Persatuan Pencegahan Kekejaman terhadap Haiwan (SPCA Selangor) dan Malaysian Dogs Deserve BetterMDDB).

Pusat perlindungan menjaga kucing dan anjing tetapi kekurangan makanan untuk haiwan terbiar kerana PKP membimbangkan, kata pegawai kanan kebajikan haiwan SPCA, Kelvin Cheah.

Haiwan terbiar biasanya diberi makan oleh orang awam yang prihatin atau kumpulan kebajikan ketika membuat rondaan tetapi kini tidak mempunyai makanan, terutamanya dengan penutupan restoran kecuali untuk pesanan bawa pulang dan penghantaran.

Cheah, 35, berkata kumpulan penyelamat haiwan dan pemberi makan haiwan terbiar di Selangor yang dikenalinya, tidak dapat beroperasi kerana PKP tidak membenarkan orang awam ke luar dari rumah.

Pembelian bekalan makanan dari kedai haiwan peliharaan juga sukar kerana banyak ditutup dan orang ramai hanya dibenarkan ke luar untuk membeli barangan runcit dan berkaitan kecemasan perubatan.

SPCA sedang berusaha menghantar makanan haiwan kepada semua kumpulan ini.

“Kami mempunyai rangkaian penyelamat di sekitar Selangor. Kami merancang untuk membantu mereka dengan menghantar makanan,” kata Cheah.

Pengasas MBBD, Wani Muthiah berkata kumpulan yang bekerjasama dengannya, akan memberi makan anjing di tempat kerja mereka dan berhampiran kilang.

Tetapi kerana kebanyakan penyelamat haiwan dalam senarainya kini berada di rumah, semua anjing ini dijangka mengalami kesukaran mencari makanan.

“Banyak pemilik restoran memberi makan haiwan terbiar di tempat mereka, sementara banyak di antaranya menjaga haiwan di sekitar pejabat dan kilang mereka. 

“Memandangkan mereka tidak bekerja dan terdapat sekatan jalan raya di merata tempat yang menyekat pergerakan, semua haiwan terbiar ini akan menderita.” – 13 April, 2020.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen