Lembah Pantai catat bilangan kes tertinggi Covid-19


Ravin Palanisamy

BILANGAN zon merah Covid-19 kekal sebanyak 26 dengan Lembah Pantai merekodkan jumlah tertinggi kes di negara ini mengikut Pusat Kesediaan dan Tindak Balas Krisis (CPRC).

Kementerian berkata jumlah dicatatkan di Lembah Pantai adalah 459 kes sehingga setakat 12  tengah hari semalam (11 April) manakala Hulu Langat (378) dan Petaling (335) di Selangor.

Mengikut data terkini yang dikeluarkan, daerah Seberang Perai Utara di Pulau Pinang kini termasuk zon jingga dengan jumlah 23 kes direkodkan, menjadikan ia satu-satunya daerah berubah status dalam kategori yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan.

Zon merah adalah untuk kawasan yang mempunyai lebih 41 kes, zon jingga (20 hingga 40 kes), zon kuning (satu hingga 19 kes) dan zon hijau (tiada kes).

Semalam, daerah Melaka Tengah dikategorikan sebagai zon merah Covid-19 dengan 44 kes. 

Menurut statistik, dua kes lagi direkodkan di sana, menjadikan jumlah terbaharu sebanyak 46 kes. – 12 April, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen