BEBERAPA masalah dikesan dengan penjejakan digital yang digunakan kerajaan Sarawak untuk mengesan lebih daripada 700 pesakit dalam siasatan Covid-19 yang diarahkan menjalani kuarantin, kata pihak berkuasa negeri.
Pihak Berkuasa Multimedia Sarawak (SMA) membangunkan sistem pengawasan gelang tangan berkod QR, yang dilancarkan pada 26 Mac, dan kini digunakan sebagai pilot projek bagi mengekang pandemik Covid-19.
Ketua Perhubungan Awam SMA, Michael Lu memberitahu The Malaysian Insight, masalah yang dikesan setakat ini adalah peranti itu boleh diubah.
Ini berdasarkan maklum balas yang diterima SMA dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana, yang menempah sistem itu.
“Percubaan telah diterima dengan baik walaupun terdapat beberapa komen mengenai isu berkaitan sistem,” kata Lu kepada The Malaysian Insight.
“Terdapat juga segelintir orang yang tidak biasa dengan penggunaan peranti mudah alih untuk log lokasi mereka.
“Meja bantuan kami sama dengan tugas dari aspek ini. Kami mendapat sokongan daripada orang ramai untuk inisiatif ini.”
Peranti penjejakan itu adalah untuk membantu pihak berkuasa negeri mengesan individu yang diarhkan untuk menjalani kuarantin setelah kembali ke negara ini kerana mereka mungkin dijangkiti Covid-19, yang setakat ini merekodkan 13 kematian dan 327 kes jangkitan di negeri ini setakat ini.
Majoriti mereka yang ditanda, penduduk Sarawak atau bukan penduduk Sarawak, adalah di bawah kategori pesakit dalam siasatan (PUI).
Kesemua mereka adalah yang emmasuki negeri ini sejak 27 Mac melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching.
![]()
Lu berkata, walaupun sudah menjangkakan masalah dengan sistem yang belum diuji, maklumat yang diperoleh daripada peranti itu setakat ini “sudah memadai”.
“Sistem ini akan sentiasa dioptimumkan untuk menangani ketidakstabilan menguruskan wabak seperti Covid-19,” katanya.
Di bawah sistem penjejakan ini, PUI dijangka melaporkan lokasi beliau dua kali setiap hari dengan menggunakan telefon pintar mereka untuk membaca kod QR pada peranti yang diikat ke pergelangan tangan mereka.
Gelang berkod QR itu sama dengan tanda pengenalan hospital.
Maklumat itu akan digunakan untuk membantu jawatankuasa pengurusan bencana memantau corak wabak berkenaan di negeri itu.
Orang yang ditandakan tidak dikesan secara automatik. Sekiranya mereka gagal melaporkan lokasi mereka, sekretariat akan memeriksa dengan menghubungi mereka.
Lu berkata, setakat ini tiada kes ingkar.
Menurutnya, walaupun ia boleh diubah ketika ini, “adalah menjadi satu kesalahan untuk mengubah atau menanggalkan gelang sebelum tempoh kuarantin 14 hari berakhir.”
“Sekiranya gelang itu ditanggalkan secara salah, seseorang itu boleh didakwa di bawah Seksyen 62, Ordinan Kesihatan Awam 1999, yang membawa hukuman denda tidak melebihi RM3,000.”
Kata Lu, apa yang penting adalah untuk orang ramai turut memainkan peranan mereka.
“Mereka digalakkan untuk melaporkan pelanggaran notis tinggal di rumah melalui Aplikasi iAlerts, jika pemakainya dilihat berada di tempat awam.”
Pada masa ini, hanya mereka yang di bawah pengawasan di daerah Kuching dan Samarahan - dua zon merah Covid-19 negeri Sarawak - yang ditandakan dalam percubaan itu.
Lu berkata ianya akan diperluas ke bandar-bandar besar lain seperti Sibu, Miri dan Bintulu. – 11 April, 2020.
Komen