3 kluster utama Covid-19 di Sarawak


Desmond Davidson

Kuching dan Samarahan di Sarawak disenaraikan sebagai zon merah selepas lebih 41 kes positif Covid-19 dikesan di kedua-dua daerah berkenaan.– Gambar fail The Malaysian Insight, 9 April, 2020.

TIGA kluster utama Covid-19 dikenal pasti setakat ini di Sarawak yang mencatatkan 12 kematian dan 306 kes positif semalam.

Pandemik ini digambarkan sebagai “masih terkawal” oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

Sehingga semalam dua dari 31 daerah di Sarawak disenaraikan sebagai “zon merah”, ditakrifkan sebagai lokasi yang mempunyai lebih 41 kes positif Covid-19.

Lokasi yang dikenal pasti sebagai zon merah ialah Kuching (188) dan Samarahan (52).

Kuching juga mencatatkan jumlah kematian tertinggi dengan tujuh daripada 12 kes.

Dengan 12 kematian kepada 306 jangkitan, kadar kematian di negeri ini adalah 3.92% lebih tinggi dari kadar nasional sebanyak 1.58%.

Kuching mencatatkan kes tertinggi kerana tiga kluster utama berada di daerah ini.

Antara kluster terlibat:

Kluster gereja

Kluster ini digelar oleh pihak berkuasa sebagai kluster “Good News Fellowship Conference Church”, dan gelaran itu menimbulkan banyak kekeliruan, kata pastor gereja itu, Jeff Wei.

Pihak berkuasa berkata kluster ini mempunyai 83 kes positif, yang menjadikan kluster berkenaan mempunyai bilangan jangkitan tertinggi.

Menurut angka yang dikeluarkan oleh Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) ada dua kematian direkodkan. 

Wei bagaimanapun tidak berpuas hati dengan Kementerian Kesihatan yang menamakan kluster berkenaan sedemikian kerana mendakwa ia mewujudkan stigma.

Seminar tiga hari itu diadakan di gereja dari 26 hingga 28 Februari dan dihadiri oleh kira-kira 100 orang, katanya kepada The Malaysian Insight.

Tetapi Wei berkata Kementerian Kesihatan melaporkan fakta Covid-19 yang berkaitan dengan gereja itu “dengan cara yang agak mengelirukan”.

“Menamakan kluster ‘Good News Fellowship Conference (GNF) Church’ mengelirukan kerana ia memberi gambaran bahawa 600 orang bertanggungjawab menyebabkan penyebaran virus berkenaan.

“Akibatnya orang awam di sini berpendapat ia disebabkan oleh GNF dan ada antara kami menerima layanan tidak wajar dan dikecam,” katanya. – 9 April, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen