HANYA 145 daripada 4,119 kes positif Covid-19 melibatkan warga asing, kata Dr Noor Hisham Abdullah.
“Pada gelombang pertama seramai 22 orang di mana terdapat 16 warga China dan seorang warga Amerika.
“Tetapi pada gelombang kedua sebanyak 95% daripada mereka yang dijangkiti ialah rakyat Malaysia,” kata Ketua Pengarah Kesihatan pada sidang media harian di Putrajaya hari ini.
Pada sidang media itu beliau mengumumkan satu kematian melibat seorang warga Pakistan berusia 69 orang.
Pesakit yang dikategorikan sebagai nombor 1,906 mempunyai sejarah penyakit kencing manis dan juga menghadiri perjumpaan tabligh di Sri Petaling.
Dia dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur pada 22 Mac dan meninggal dunia pada 9.30 pagi hari ini.
Terdapat dua lagi kematian setakat jam 12 tengah hari ini membawa jumlah kematian di Malaysia seramai 65 orang.
Terdapat juga 156 jangkitan baharu tetapi jumlah pesakit yang pulih melebihi jumlah itu iaitu seramai 166 orang.
Ini menjadikan jumlah pesakit pulih seramai 1,487 orang dengan 4,119 jangkitan. – 18 Mac, 2020.
Komen