Sepang dan Kota Samarahan kini zon merah Covid-19


Chan Kok Leong

Kes positif di Sepang melonjak kepada 46 berbanding 39 dalam tempoh 24 jam, Kota Samarahan kini ada 42 kes. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 8 April, 2020.

TERDAPAT dua zon merah wabak Covid-19 dilaporkan di negara ini, membawa kepada jumlah keseluruhan 23 kawasan.

Sepang yang sebelum ini mempunyai 39 kes dimasukkan ke dalam kategori zon merah selepas lonjakan kes kepada 46 berlaku semalam.

Begitu juga, Kota Samarahan yang mempunyai 36 kes pada Isnin kini menjadi zon merah selepas berlaku kenaikan kepada 42 kes.

Disebabkan itu, kawasan zon oren kini menjadi 17 berbanding 19 sebelum ini.

Zon kawasan ditetapkan Kementerian Kesihatan adalah seperti berikut; hijau (tiada kes), kuning (1-19), oren (20-40) dan merah melaporkan 40 kes ke atas.

Setakat semalam, jumlah positif Covid-19 adalah 3,963 kes membabitkan 63 kematian. – 8 April, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen