Perjalanan baharu Hadi sebagai duta khas tidak bermula baik


Sheridan Mahavera

Abdul Hadi Awang perlu berhenti bercakap tentang politik tempatan dengan kerajaan asing dan belajar mengetepikan politik dalam negara serta memberi tumpuan kepada pembinaan hubungan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 8 April, 2020.

JAWATAN baharu Abdul Hadi Awang sebagai diplomat tidak bermula dengan baik disebabkan surat yang ditulisnya kepada beberapa negara Islam bagi menjelaskan perubahan kerajaan pada Februari lalu mencemar imejnya, kata beberapa penganalisis politik.

Mereka memberitahu The Malaysian Insight peranan diplomat bukan untuk menyerang pembangkang Malaysia dan memainkan retorik politik tetapi untuk membina jambatan antara kerajaan dan negara asing.

Hadi menulis surat bertarikh 22 Mac, yang didakwa mengandungi kenyataan separuh benar, kepada negara di Timur Tengah dan kumpulan Islam utama yang mewajarkan peranan partinya dalam rampasan tidak berdarah di Putrajaya pada 24 Februari.

Surat pelantikan Hadi sebagai duta khas bertaraf menteri ke Timur Tengah bertarikh 22 Mac. Putrajaya mengumumkan pelantikannya pada 3 April.

Surat itu agak canggung kerana memfitnah pemimpin Pakatan Harapan (PH) Dr Mahathir Mohamad dan Anwar Ibrahim, dua pemimpin ikon yang dihormati di Timur Tengah, kata penganalisis politik.

Bagaimanapun, mereka berkata hubungan Malaysia dengan Timur Tengah tidak dijangka menjadi dingin kerana ia mempunyai reputasi sekian lama di kalangan mereka sebagai negara Islam moden dan sederhana, sebahagian besarnya disebabkan oleh Dr Mahathir dan Anwar.

“Sebagai seorang diplomat, Hadi perlu membina hubungan baik antara Malaysia dan kerajaan asing,” kata saintis politik Mazlan Ali dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

“Beliau perlu berhenti bercakap tentang politik tempatan dengan kerajaan asing. Beliau harus belajar mengetepikan politik dalam negara dan memberi tumpuan kepada pembinaan hubungan.

“Serangannya terhadap Anwar dan PH membahayakan imejnya sendiri kerana Anwar sangat terkenal di Timur Tengah. Ia tidak menjejaskan kedudukan PH kerana kerajaan asing berurusan dengan sesiapa yang memegang kuasa,” kata Mazlan dari Fakulti Teknologi dan Informatik Razak.

“Jika PH dan Anwar kembali berkuasa maka kerajaan asing akan menerima mereka dan berurusan dengan mereka.” – 8 April, 2020.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen