PETUGAS kesihatan dimaklumkan untuk merawat semua pesakit sebagai kes positif Covid-19 sehingga keputusan ujian membuktikan sebaliknya, Kementerian Kesihatan.
Ini kerana terdapat 69 kes sporadik yang mana sumbernya tidak dapat dikenal pasti, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
“Kami memaklumkan kepada semua petugas kesihatan untuk merawat pesakit sebagai positif Covid-19 sehingga dibuktikan sebaliknya berikutan terdapat 69 kes yang kita tidak tahu positif Covid-19,” kata Dr Noor Hisham pada sidang media di Putrajaya hari ini.
“Kami telah secara khusus memaklumkan kakitangan perubatan awam dan swasta untuk mengambil semua langkah berjaga-jaga ketika berhadapan dengan pesakit yang mengalami masalah pernafasan akut yang teruk atau yang dirawat di ICU.
“Atau mereka yang datang ke klinik untuk jalani ujian saringan,” katanya.
Dr Noor Hisham berkata setakat ini 30 kakitangan perubatan dijangkiti Covid-19 daripada pesakit mereka.
“30 dijangkiti kerana bekerja di ICU dan dijangkiti kes sporadik atau pesakit yang bukan disahkan sebagai pesakit Covid-19.
“Mereka dijangkiti kerana tidak memakai PPE kerana mereka ini bukan pesakit Covid-19.
“Sama juga bagi mereka bertugas di klinik yang merawat pesakit batuk dan selsema.”
Terdahulu, beliau memaklumkan sidang media bahawa 69 kes positif Covid-19 tidak dapat dikesan punca jangkitannya.
Menurutnya, kementerian telah menjalankan ujian secara rawak yang mana hanya 69 disahkan positif manakala 7,956 lagi negatif.
Sementara itu katanya, sebanyak 1,114 pusat kuarantin kerajaan mampu menampung 150,000 orang.
Sehingga kini, kita telah menyaring 34,451 individu dan mendaoati 32 daripada mereka mempunyai gejala. Mereka diasigkan dan ditempatkan di hospital,” kata Dr Noor Hisham.
Berkuatkuasa 3 April, mereka yang tiba dari luar negara akan dihantar ke pusat kuarantin kerajaan selama 14 hari bagi mengelakkan jangkitan import Covid-19.
Semalam dilaporkan lebih 25,000 orang memasuki negara atau kembali dari luar negara sejak 3 April walaupun terdapat kawalan ketat di sempadan. – 7 April, 2020.
Komen