PUTRAJAYA menawarkan potongan cukai kepada pemilik premis yang memberi pengecualian atau diskaun sewa untuk mengurangkan beban pengusaha kecil dan sederhana (PKS).
Perdana Menteri Muhyiddin Yassin meminta pemilik premis swasta untuk memberi diskaun sekurang-kurangnya 30% bagi bantu PKS menghadapi kemelesetan ekonomi kes wabak Covid-19.
Beliau meminta pemilik premis swasta itu mencontoh syarikat kerajaan persekutuan dan beberapa syarikat negeri yang sudahpun memberi pengecualian sewa kepada PKS.
Katanya, pemilik premis swasta sepatutnya untuk turut beri kemudahan sama sekurang-kurangnya sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan tiga bulan selepas itu.
Dalam ucapan khas semasa mengumumkan pakej bantuan tambahan kepada PKS petang ini.
Jelasnya tambahan potongan cukai tersebut akan diberi bersamaan dengan amaun sewa yang dikurangkan bagi bulan April 2020 hingga Jun 2020.
“Potongan cukai tambahan ini diberikan tertakluk kepada syarat pengurangan sewa, iaitu hendaklah sekurang-kurangnya 30% daripada kadar sewa asal bagi tempoh tersebut,” katanya.
Tambahnya, syarikat kerajaan persekutuan Mara, Petronas, PNB, Plus dan Uda dan beberapa syarikat kerajaan negeri sudahpun bersetuju memberi diskaun atau pengecualian cukai kepada penyewa PKS.
Dalam ucapannya, Muhyiddin mengumumkam pakej tambahan berjumlah RM10 bilion bagi membantu PKS menghadapi kemelesetan ekonomi kes wabak Covid-19.
Ia antara lain meliputi subsidi upah tambah sebanyak RM7.9 bilion dan geran khas berjumlah RM2.1 bilion bagi syarikat PKS mikro yang layak.
Katanya, ia bertujuan menyelamatkan dua pertiga daripada jumlah pekerjaan Malaysia bawah PKS yang menyumbang 40% kepada ekonomi negara.
Pakej khusus untuk membantu PKS itu tambahan kepada Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat berjumlah RM250 bilion yang diumumkannya pada 27 Mac. – 6 April, 2020.
Komen