AKTIVITI perladangan dan perikanan dibenarkan untuk terus beroperasi semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kata Menteri Kanan Ismail Sabri.
Dalam sidang akhbar hari ini, Ismail menjelaskan bahawa tidak ada masalah bagi petani atau nelayan untuk meneruskan aktiviti mereka.
“Aktiviti pertanian termasuk memancing dibenarkan, petani boleh bole terus kerjakan ladang dan nelayan boleh pergi ke laut seperti biasa. Mereka tidak perlu berhenti (beroperasi).”
“Tidak ada isu di sini Walaupun mereka perlu hantar hasil tanaman, mereka boleh teruskan. Apa sahaja yang berkaitan dengan sektor pertanian dibenarkan,” katanya sambil mengulangi bahawa aktiviti-aktiviti ini boleh dijalankan di bawah PKP.
Beliau menyatakan bahawa aktvivti pembungkusan barangan makanan juga turut dibenarkan dan boleh diteruskan.
Menteri pertahanan itu turut mengulangi kenyataan ini bagi menafikan khabar angin di media sosial yang mengatakan beberapa aktiviti pertanian akan dikurangkan di bawah PKP.– 5 April, 2020.
MENYUSUL
Komen