Kes pneumonia dianggap Covid-19 sehingga diuji sebaliknya, kata KP Kesihatan


Noel Achariam

Dr Noor Hisham berkata mengesan jangkitan sangat penting bagi pekerja penjagaan kesihatan kerana mereka perlu mengambil langkah berjaga-jaga  untuk mengelak sebarang tanda-tanda jangkitan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 April, 2020.

KEMENTERIAN Kesihatan berkata kes jangkitan pernafasan akut (SARI) akan dianggap sebagai kes positif Covid-19 sehingga ujian mengatakan sebaliknya.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata pasukan kesihatan mempunyai masalah berhubung pesakit SARI, dan kini sedang memantau keaddaan mereka sejak Januari.

“Kami memberitahu semua pekerja penjagaan kesihatan bahawa semua pesakit SARI perlu dirawat sebagai Covid-19 sehingga terbukti sebaliknya.

“Kerana 12 pekerja penjagaan kesihatan kami dijangkiti ketika merawat kes-kes pneumonia, namun tidak disahkan positif sebagai Covid-19,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Beliau menjawab soalan mengenai pesakit yang telah meninggal dunia akibat radang paru-paru sebelum menjalani ujian untuk Covid-19.

Beliau turut berkata mengesan jangkitan sangat penting bagi pekerja penjagaan kesihatan kerana mereka perlu mengambil langkah berjaga-jaga  untuk mengelak sebarang tanda-tanda jangkitan.

Dr Noor Hisham berkata terdapat dua jenis orang yang berisiko iaitu ahli keluarga dan pekerja penjagaan kesihatan kerana mereka bersentuhan dengan pesakit.

“Terutama mereka yang pesakit SARI, jadi kami beritahu semua pekerja penjagaan kesihatan kami bahawa mereka yang datang dengan demam atau radang paru-paru mesti dijadikan pesakit Covid-19 sehingga ujian dilakukan.”

Dr Noor Hisham berkata bahawa jangkitan meningkat sebanyak 150 kes hari ini, dengan 80 orang yang diuji positif dikaitkan dengan kluster tabligh Sri Petaling, menjadikan bilangan jangkitan kepada 3,483 kes.

Beliau berkata empat kematian telah dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang lalu, menjadikan jumlah kematian kepada 57 orang.

Dari semua kes positif, 99 daripada mereka sedang dirawat di unit rawatan rapi, dan 50 daripada mereka memerlukan bantuan pernafasan.

Beliau berkata 88 pesakit telah pulih dan dibenarkan pulang. menjadikan jumlah kes sam pulih kepada 915. – 4 April, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen