Malaysia perlu majlis keselamatan makanan sekarang, kata bekas menteri


Bekas menteri pertanian dan industri asas tani Salahuddin Ayubkerajaan menggesa kerajaan untuk menubuhkan majlis keselamatan makanan yang terdiri daripada pakar untuk mencari jalan bagi Malaysia mengatasi kekurangan bekalan yang mungkin berlaku. – Gambar fail The Malaysian Insight, 4 April, 2020.

MALAYSIA memerlukan majlis keselamatan makanan negara ketika dunia kini sedang mengumpulkan stok bekalan makanan bagi menghadapi pandemik Covid-19, kata bekas menteri pertanian Salahuddin Ayob.

Hal ini demikian adalah kerana negara masih bergantung kepada jumlah import makanan yang banyak bagi menampung permintaan tempatan dan negara pengeluar seperti Vietnam pula kini menghentikan kegiatan eksport kata ahli Parlimen Pulai itu.

“Malaysia masih mengimport 30% beras yang diperlukan dan 70% daging lembu. Tetapi ketika dunia sedang masuk dalam fasa perintah berkurung di mana kita akan mendapatkan bekalan makanan kita?” Kata Salahuddin dalam satu kenyataan.

“Vietnam misalnya, telah berhenti mengeksport beras ke Malaysia jadi apa yang akan berlaku jika pandemik ini berterusan?”

“Niat saya bukan untuk menyebabkan panik tetapi negara perlu bersedia kerana ini adalah isu global.”

Beliau menggesa kerajaan untuk menubuhkan majlis keselamatan makanan yang terdiri daripada pakar untuk mencari jalan bagi Malaysia mengatasi kekurangan bekalan yang mungkin berlaku.

Pemain dan pakar industri baru-baru ini memberitahu TMI bahawa bekalan makanan ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah mencukupi namun memberi amaran kekurangan mungkin boleh berlaku disebabkan gangguan dalam rangkaian pengedaran dan runcit.

Mereka berkata kekurangan bekalan sementara barangan tertentu mungkin berlaku kerana pengguna perlu menyesuaikan diri dengan hakikat bahawa pasar raya dan kedai runcit kini hanya boleh dibuka dari pukul 8 pagi hingga 8 malam, di bawah fasa kedua PKP.

Pasar pagi dan pasar malam yang dijadikan tempat untuk membekalkan kejiranan tempatan dengan sayur-sayuran segar, buah-buahan, daging dan ladang ikan juga turut ditutup bagi menghadkan kontak semasa PKP.

Kekurangan bekalan itu tetap berlaku walaupun sayur-sayuran, ladang dan kilang ternakan yang membuat makanan kering masih mengeluarkan produk setiap hari, sementara import dari Thailand juga masih tidak berhenti.

Malaysia kini sedang berada di fasa kedua PKP yang bertujuan untuk memecahkan rantaian penularan virus – 4 April, 2020.
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen