MASIH tiada bukti yang Malaysia akan menerima manfaat daripada Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Kerjasama Trans Pasifik (CPTPP), kata ahli ekonomi.
Dahulunya dikenali sebagai Kerjasama Trans Pasifik (TPP), tiga ahli ekonomi pada forum awam hari ini mengatakan CPTPP dan perjanjian yang hampir sama dengannya mungkin memberi kesan buruk kepada negara.
“Ini adalah kerana Penyelesaian Pertikaian Pelabur-Negara (ISDS) yang membenarkan pelabur asing menyaman kerajaan melalui undang-undang antarabangsa kerana tidak melindungi nilai pelaburan,” kata Burghard Ilge, penyelidik ekonomi dari Both Ends.
Ilge berkata jika pelabur asing tidak menerima Pulangan Pelaburan (ROI) mereka, ada kemungkinan mereka akan menyaman kerajaan yang menandatangani perjanjian itu.
Tribunal antarabangsa atau dikenali the International Centre for Settlement of Investment Disputes (ICSID) adalah mekanisma disediakan Bank Dunia untuk menyediakan perdamaian dan arbitrasi dalam pertikaian antara negara dan pelabura ahli Bank Dunia.
Semua negara dalam CPTPP adalah ahli Bank Dunia.
“Dan walaupun sebuah kerajaan boleh mengadakan perjanjian seperti Treati Pelaburan Bilateral (BIT) itu tidak bermaksud anda boleh meninggalkan perjanjian sesuka hati.
“Kebanyakan perjanjian ada Klausa Mandiri. Ini bermakna perjanjian itu berkuatkuasa untuk sejumlah tahun tertentu,” kata Ilge. – 18 November, 2017.
Untuk berita penuh sila baca di sini.
Komen