SEBANYAK 217 lagi kes Covid-19 dilaporkan hari ini, dengan 41 pelajar tahfiz disahkan positif menjadikan jumlah keseluruhan jangkitan kepada 3,333.
Tiga kes kematian dilaporkan dalam tempoh 24 jam yang lalu, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.
Ini menjadikan seramai 53 orang meninggal dunia akibat wabak itu setakat ini.
Dr Noor Hisham Abdullah juga berkata 58 kes jangkitan ada kaitan dengan kluster tabligh Masjid Sri Petaling.
Empat puluh empat orang daripada kluster tabligh berkenaan dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM di Cheras, termasuk 41 pelajar tahfiz yang disahkan positif.
Selain itu, Dr Noor Hisham berkata seramai 60 pesakit sudah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang. Ini menjadikan 827 orang telah pulih daripada jangkitan Covid-19 sehingga kini, katanya. – 3 April, 2020.

Komen