Ulama mahu Perlembagaan dipinda, hanya orang Islam jadi PM


Melati A. Jalil

Sayap Ulama mencadangkan kepimpinan PAS Pusat, melalui ahli Parlimennya, menggesa kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan agar perdana menteri hanya dipilih di kalangan orang Islam yang memenuhi keperluan kepimpinan agama. – Gambar The Malaysian Insight oleh Nazir Sufari, 30 April, 2017.

SAYAP Ulama PAS mahu meminda Perlembagaan Persekutuan untuk menyatakan perdana menteri negara ini perlulah seorang Islam.

Usul yang diluluskan tanpa perbahasan itu mengatakan, perdana menteri perlu memastikan pentadbiran negara sentiasa berdasarkan prinsip Islam.

“Oleh itu, sayap Ulama mencadangkan kepimpinan PAS Pusat, melalui ahli Parlimennya, menggesa kerajaan meminda Perlembagaan Persekutuan agar perdana menteri hanya di kalangan orang Islam yang memenuhi keperluan kepimpinan dalam Islam,” kata usul itu.

Usul itu berkata ia akan memastikan pelaksanaan Perkara 153 Perlembagaan, berkaitan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak.

Perkara 153 memperuntukkan peruntukan kuota bagi kemasukan ke dalam perkhidmatan awam, biasiswa awam dan pendidikan awam.

Pada masa ini, tiada ketetapan dalam Perlembagaan yang mengatakan perdana menteri mestilah daripada kaum mana atau agama tertentu. – 30 April, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Logic. Agama rasmi Islam. Sah PM mesti org Islam.

    Dimuat naik 9 tahun yang lalu oleh Jimmy Jimmy · Ulasan