BAYARAN sewa dan perbelanjaan harian pelajar tajaan kerajaan yang sudah tamat pengajian tetapi terkandas di luar negara akibat krisis Covid-19 akan ditanggung oleh Putrajaya, kata Ismail Sabri Yaakob hari ini.
Menteri pertahanan berkata kerajaan akan membantu mereka melalui program tajaan pendidikan tinggi.
“Ibu bapa pelajar yang sudah tamat tetapi tidak dapat balik kerana sekatan (perjalanan) di sesetengah negara meluahkan kebimbangan, dan saya mengambil perhatian tentang perkara itu.
“Kerajaan bersetuju membayar sewa dan perbelanjaan harian mereka melalui program biasiswa mereka, seperti daripada Petronas, JPA (Jabatan Perkhidmatan Awam), Mara atau KPT (Kementerian Pengajian Tinggi).
“Ibu bapa tidak perlu bimbang kerana kerajaan, melalui agensi ini, akan membantu graduan yang tidak dapat balik.” – 3 April, 2020.
MENYUSUL
Komen