NGO keliru arahan agih makanan


Aminah Farid

NGO dan sukarelawan berkata masih terdapat kekeliruan mengenai bagaimana bantuan makanan harus diagihkan kepada golongan yang terkesan akibat Covid-19. – Gambar The Malaysian Insight oleh Seth Akmal, 2 April, 2020.

PERTUBUHAN bukan kerajaan (NGO) menyambut baik pengumuman kerajaan membenarkan mereka mengagihkan bantuan makanan kepada golongan yang terkesan akibat Covid-19.

Bagaimanapun, masih terdapat kekeliruan mengenai bagaimana bantuan makanan harus diagihkan kepada mereka yang memerlukan, kata mereka.

Ini kerana kerajaan pada mulanya tidak membenarkan NGO dan sukarelawan mengedarkan makanan dan barangan keperluan bagi mengelak penularan wabak Covid-19.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob pada Ahad lalu berkata NGO yang ingin menyumbang barangan keperluan atau makanan dinasihatkan supaya menghantarnya ke pusat pengumpulan di pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) daerah di seluruh negara.

Bagaimanapun, banyak NGO tidak berpuas hati dan bimbang arahan itu akan menyebabkan bantuan tidak sampai kepada penerima yang sepatutnya.

Susulan itu, kerajaan semalam memberi kebenaran kepada NGO yang berdaftar mengagihkan bantuan kepada gelandangan tetapi perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh JKM.

“Kami keliru. Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) keluarkan arahan ketat untuk edar makanan dan kami ikut. Tiba-tiba kita dengar arahan lain pula,” kata Presiden Pertiwi Munirah Abdul Hamid.

“Seorang kata ikut arahan ketat ini saja. Kemudian yang lain pula kata boleh edar, selagi berdaftar dengan JKM.”

Munirah berkata Pertiwi akan terus bekerjasama dengan DBKL mengedarkan makanan kepada golongan yang memerlukan.

“Buat masa ini, kami ikut apa yang dipersetujui semalam.  – 2 April, 2020.

Berita penuh di sini.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen