Keadaan tidak akan sama selepas PKP, kata pemilik restoran


Bede Hong Angie Tan

Kebanyakan restoran mengalami penurunan 83% dalam perniagaan dan berkemungkinan akan mengalami kerugian sebanyak RM105 juta dalam tempoh sebulan PKP. – Gambar fail The Malaysian Insight, 2 April, 2020.

BAGI Patrick Cheng Yi, wabak Covid-19 menjadi penamat kepada rangaian restoran Thai yang beliau jalankan sejak 13 tahun lalu.

“Ia berkemungkinan besar tidak akan bertahan. Walaupun selepas PKP (perintah kawalan pergerakan) ditarik balik, saya rasa tingkah laku pengguna akan berubah secara drastik,” kata pemilik restoran di Kuala Lumpur dan Petaling Jaya itu.

Cheng percaya ia adalah takdir yang akan dialami banyak restoran walaupun negara selamat daripada wabak yang sehingga kini mengorbankan 45 nyawa dan menyebabkan tindakan separa pengurungan (lockdown) di seluruh negara.

“Terdapat beberapa restoran yang terpaksa ditutup. Mungkin ada yang akan menukar format mereka, sama ada dengan mengecilkan perniagaan atau menjual barangan lain. “

Cawangan Cheng hanya membuat penghantaran makanan semasa PKP, dengan memperoleh hanya 20% hasil perniagaan berbanding sebelum wabak koronavirus berlaku.

Angka ini menyokong data yang baru-baru ini diperoleh Malaysian F&B Operators Alliance, yang terdiri daripada hampir 200 restoran tempatan.

Restoran yang termasuk dalam tinjauan mengalami penurunan 83% dalam perniagaan dan berkemungkinan akan mengalami kerugian sebanyak RM105 juta dalam tempoh sebulan PKP dari 18 Mac hingga 14 April.

Hasil tinjauan yang dikeluarkan minggu lalu, menunjukkan hanya 20% restoran masih dibuka semasa PKP.

Hampir 30% restoran tidak lagi beroperasi manakala selebihnya memilih untuk beroperasi sebahagian sahaja, seperti mengurangkan tempoh perniagaan atau membuka cawangan terpilih.

Jennifer Quah, yang menjalankan restoran masakan Asia, Sitka dan kedai makanan lain, tidak mengambil mahu mengambil risiko dengan koronavirus dan ditutup sepenuhnya.

“Kami mengambil keputusan menutup cawangan. Kami rasa ia adalah tindakan yang bertanggungjawab untuk dilakukan. Kemuncak jangkitan belum tiba dan kita tidak boleh membahayakan keselamatan pasukan dan pelanggan kami.” – 2 April, 2020.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen