Hadi tidak tahu matlamat Bersatu, kata Muhyiddin


Muzliza Mustafa

Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Muhyiddin Yassin berkata presiden PAS mungkin tidak memahami Bersatu kerana ia sebuah parti baru. – Gambar fail The Malaysian Insight, 30 April, 2017.

PARTI Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hari ini menolak kenyataan PAS yang ia parti baru tidak mempunyai hala tuju.

“Kami mempunyai perlembagaan sendiri. Hala tuju dan matlamat kami jelas. Kami berkata demikian kepada akar umbi dan ia diterima kerana mereka menegakkan visi yang sama – untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN) dan Umno,” kata Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin hari ini.

Beliau berkata presiden PAS mungkin tidak memahami Bersatu kerana ia sebuah parti baru.

“Mungkin PAS tidak mengikuti kami kerana kami sebuah parti baru,” katanya selepas menghadiri mesyuarat Pakatan Harapan (PH) di ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya hari ini. – 30 April, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen


  • Kalau setakat nk jatuhkan Najib, pastu gantikan ngan Mukhriz, baik tak payah.... parti kau pun kucar-kacir, ada hati nk perintah negara... pooodah!!

    Dimuat naik 9 tahun yang lalu oleh Aris Penampar · Ulasan