KERAJAAN Selangor mengumumkan pakej rangsangan ekonomi kedua berjumlah RM272.5 juta bagi membantu menangani kesan pandemik Covid-19 di negeri itu.
Sebagai tambahan kepada RM127.8 juta yang diumumkan pada 20 Mac lalu, ini membawa kepada sejumlah RM400 juta yang diperuntukkan kerajaan negeri setakat ini.
“Saya optimistik, Selangor dan Malaysia akan berjaya. Kita akan berjaya mengharungi cabaran-cabaran ini sebagaimana kita berjaya melepasi tentangan-tentangan sebelum ini,” kata Menteri Besar Amirudin Shari dalam sidang media dari kediaman rasminya di Shah Alam.
Mengulas keseluruhan “pendekatan keseluruhan kerajaan dan keseluruhan masyarakat” Amirudin berkata dana khas Covid-19 Selangor ditubuhkan dengan memotong gaji MB, ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, ahli Dewan Negeri serta anak syarikat kerajaan negeri yang menjangka jumlah RM8.07 juta.
Kerajaan juga membelanjakan RM1.35 juta untuk menjalankan saringan Covid-19 atau “mass test” di kawasan hotspot atau “red zone” di Selangor dengan menyasarkan 5,000 orang.
Di samping itu sejumlah RM1.344 juta akan dibelanjakan untuk menyediakan makanan percuma kepada petugas barisan hadapan termasuk doktor, jururawat dan pekerja lain di hospital di Selangor.
Lebih 1.5 juta diperuntukkan untuk membantu 2,500 keluarga petugas barisan hadapan, tambahnya. – 1 April, 2020.
Berita penuh di sini.
Komen