MALAYSIA berdepan kerugian sehingga RM500 juta daripada pelancong China sekiranya terlepas waktu perjalanan antara Mei hinga Ogos, kata persatuan pelancong.
Mereka memberitahu The Malaysian Insight, cuti pada Mei kebiasaannya adalah waktu puncak bagi sektor pelancongan tempatan namun dengan sekatan perjalanan yang dikenakan di seluruh dunia berikutan pandemik Covid-19, ia memberi petanda yang langsung tidak memberangsangkan.
Tambah mereka, pengusaha pelancongan domestik tidak optimis mengenai pemulihan, dan sebarang lawatan masa akan datang hanya pada skala lebih kecil.
“Berdasarkan trend sebelum ini, kebiasaannya kita menerima sehingga 7,000 kumpulan pelancong dari China pada Julai dan Ogos, sekaligus menjana pendapatan yang besar daripada tukaran mata wang kepada negara.
“Sekiranya terlepas peluang ini, industri pelancongan boleh kerugian sehingga RM500 juta,” kata Presiden Malaysia Inbound Chinese Association (MICA). Angie Ng.
Tambahnya, satu lagi peluang yang ada hanya pada November apabila warga China meraikan sambutan Hari Kebangsaan mereka.
Presiden Persatuan Pelancongan Cina Malaysia (MCTA) Albert Chen turut memberitahu The Malaysian Insight bahawa bulan Mei merupakan waktu puncak pelancongan bagi Malaysia.
Namun setakat ini, tiada kumpulan pelancong China dan MCTA berharap keadaan akan kembali pulih pada Mei.
“Pandemik novel koronavirus (Covid-19) menjejaskan seluruh industri pelancongan dan dianggarkan sebanyak RM270 juta kerugian dialami setakat ini.
“Pandemik ini lebih teruk berbanding SARS 2003. Ramai pelancong yang tidak berani melancong, dan 90,000 rakyat China tidak ke luar negara dalam sebulan.
“Walaupun tahun ini adalah tahun melawat Malaysia, aktiviti pelancongan yang dirancang telah dikurangkan sehingga 50%,” kata Chen.

Menurutnya, 60% hingga 70% ahli persatuan itu memfokuskan kepada kemasukan pelancong China.
Katanya, mereka kemudian beralih kepada pasaran India, Eropah, Amerika dan Asia Tenggara selepas pasaran China merudum.
Ng berkata, pengendali pelancongan domestik tidak optimis tentang pemulihan, dan di masa akan datang mereka hanya melihat peningkatan pakej pelancongan hanya pada skala kecil.
Beliau menjelaskan bahawa sebelum ini, agensi pelancongan yang lebih besar menerima antara 700 hingga 800 pakej pelancongan.
“Pelancong lebih suka menjadi konservatif daripada mengembara dalam kumpulan pelancongan yang berkembang.”
Sementara itu, Chen berkata, pelancong luar negara tidak dapat melakukan perjalanan pada masa ini, oleh itu industri kini memberi tumpuan kepada pakej pelancongan domestik sebaik sahaja tempoh kawalan pergerakan ditarik balik.
Ini termasuk menarik pelancong dari Malaysia Timur untuk ke semenanjung, dan meningkatkan promosi pelancongan di Pulau Pinang, Ipoh, Johor dan Kuala Lumpur.
“Kami berharap bahawa dalam tempoh ini, pengusaha hotel akan menerima bantuan daripada pakej pemulihan ekonomi kerajaan, seperti diskaun 15% untuk kos elektrik, yang boleh memberikan harga bilik yang lebih baik.
“Kami juga berterima kasih kerana pemotongan cukai pendapatan kerajaan sebanyak RM1,000 untuk menyediakan pelancongan domestik, yang akan membantu mempromosikan pelancongan tempatan.”
Chen juga berharap pinjaman berpendapatan rendah yang diberikan kepada agensi pelancongan yang terjejas di bawah pakej pemulihan ekonomi akan diproses tanpa penangguhan.
“Agensi pelancongan memerlukan pusingan modal, Sekiranya kelulusan pinjaman mengambil masa sehingga dua atau tiga bulan, ia tidak akan membantu.
“Setakat Ahad, Malaysia mencatatkan 2,470 kes Covid-19 dengan 35 kematian. Negara turut menguatkuasakan perintah kawalan pergerakan dalam usaha untuk memutuskan rantaian jangkitannya. – 2 April, 2020.
Komen