SEMUA kumpulan masyarakat sivil tidak dibenarkan memberikan bantuan kepada mereka yang memerlukan tanpa terlebih dahulu berunding dengan Pusat Pengurusan Krisis (CMC), kata Annuar Musa.
Menteri Wilayah Persekutuan berkata, mereka (kumpulan masyarakat sivil) tidak dibenarkan keluar sendiri dan menjalankan apa-apa aktiviti kebajikan.
“Walaupun kami mengalu-alukan penyertaan kumpulan ini, apa-apa aktiviti mesti dijalankan selaras dengan perintah kawalan pergerakan.
“Mereka terlebih dahulu perlu berunding dengan Pusat Pengurusan Krisis sebelum menjalankan sebarang aktiviti,” katanya pada sidang akhbar yang disiarkan secara langsung di laman Facebook kementerian hari ini.
Annuar berkata CMC yang terletak di Jalan Tun Razak di Kuala Lumpur merupakan titik tumpuan bagi kumpulan yang mahu memberikan bantuan.
“Kami juga ingin memastikan bahawa sumber yang kita ada digunakan sepenuhnya.
“Beberapa tempat mungkin mendapat lebih banyak bantuan sementara tempat lain tertinggal. Oleh itu bagi memastikan pembahagian bekalan perubatan dan bukan perubatan yang adil mereka perlu berunding dengan CMC,” katanya. – 30 Mac, 2020.
MENYUSUL
Komen