PAS Selangor hari ini berikrar akan akur dengan sebarang keputusan yang ditentukan kepimpinan tertinggi kerana ia sebahagian daripada kerajaan negeri dan memegang jawatan penting dalam pentadbiran negeri.
Perwakilan PAS Selangor Zaidy Abd Talib memberitahu beliau dan rakan yang lain akan mematuhi keputusan dibuat pemimpin parti pada Muktamar PAS ke-63.
“Saya mewakili Selangor menegaskan barisan saf kepimpinan Selangor berdiri teguh di belakang PAS Pusat.
“Apa saja keputusan kita akan akur. Insya Allah kita akan patuh dengan arahan tersebut,” katanya semasa membahaskan ucapan presiden di perhimpunan tahunan parti yang berlangsung di Kota Sarang Semut, Kedah.
Zaidy yang juga exco Infrastruktur dan kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani tidak menyatakan secara jelas keputusan pimpinan tertinggi itu.
PAS dijangka membahaskan sama ada untuk memutuskan hubungan yang lama terjalin dengan sekutu PKR pada perhimpunan ini. Dua daripada tiga sayapnya mendesak memutuskannya.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution berkata, PAS perlu meletakkan jawatan daripada pentadbiran Selangir jika ia berlaku. Ia termasuk jawatan tiga exco dan ketua kampung di seluruh Selangor. – 30 April, 2017.
Komen
Dimuat naik 9 tahun yang lalu oleh Jimmy Jimmy · Ulasan