5,084 peserta himpunan tabligh belum disaring Covid-19, kata KP kesihatan


Noel Achariam

Masjid Jamek Sri Petaling ditutup sementara dan kerja-kerja sanitasi dan nyahkuman dilaksanakan. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 28 Mac, 2020.

KEMENTERIAN Kesihatan masih mencari 5,084 orang yang menghadiri himpunan tabligh akhir bulan lalu supaya mereka boleh disaring untuk jangkitan Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata kementerian itu bekerjasama dengan pihak polis untuk mengenal pasti individu yang terlibat dengan himpunan tersebut.

“Mereka berada di seluruh negara. Kami memiliki alamat mereka di setiap negeri dan kami akan cuba cari mereka.

“Kami mahu mereka datang ke klinik untuk ujian,” katanya pada sidang akhbar di Kementerian Kesihatan di Putrajaya hari ini.

Acara himpunan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling di Kuala Lumpur diadakan dari 27 Februari hingga 1 Mac 2020.

Kementerian Kesihatan menganggarkan bahawa kira-kira 14,500 rakyat Malaysia dan 1,500 orang asing menghadiri acara berkenaan.

Lebih separuh daripada kes Covid-19 Malaysia dikesan daripada jangkitan  seseorang yang menghadiri acara tersebut. – 28 Mac, 2020.

MENYUSUL
 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen