Gunung Merapi meletus di Indonesia


Gunung Merapi yang merupakan gunung berapi paling aktif di Indonesia memuntahkan debu setinggi 5,000 meter.– Gambar EPA, 27 Mac, 2020.

GUNUNG berapi paling aktif di Indonesia Gunung Merapi meletus pada Jumaat, mengeluarkan debu setinggi 5,000 meter ke udara.

Ia merupakan letusan kedua terbesar dalam bulan ini menyebabkan abu dan pasir melitup beberapa kilometer dari puncaknya yang terletak berhampiran Yogyakarta.

Namun setakat ini pihak berkuasa Indonesia tidak mengeluarkan sebarang amaran.

“Tiada laporan kemusnahan dalam letusan itu. Kami menggesa orang ramai agar bertenang dan tidak panik,” kata jurucakap agensi mitigasi bencana Indonesia Agus Wibowo.

Pada awal bulan ini, berkenaan meletus dan memuntahkan kepulan asap setinggi 6,000 meter ke udara.

Letusan itu menyebabkan debu melitupi Yogyakarta dan bandar berhampiran, Solo sehingga memaksa lapangan terbang ditutup.

Pada 2010, lebih 300 orang maut dalam letusan gunung berkenaan dan 280,000 penduduk terpaksa dipindahkan.

Ia merupakan letusan terbesar gunung berkenaan sejak 1930, yang meragut kira-kira 1,300 nyawa, manakala dalam satu lagi letusan pada 1994, 60 orang dilaporkan terbunuh. – AFP, 27 Mac, 2020.


 


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen