Pakej rangsangan ke-2 perlu tangani kemungkinan kemelesetan ekonomi


Sheridan Mahavera

Pakar ekonomi berkata pakej ke-2 perlu benar-benar komprehensif dan besar untuk membantu semua pihak berdepan kemelesetan ekonomi yang mungkin lebih buruk berbanding krisis kewangan 2008. – Gambar fail The Malaysian Insight, 26 Mac, 2020.

BANTUAN bagi pemilik perniagaan untuk terus membayar gaji dan keluarga berpendapatan rendah untuk membolehkan mereka berbelanja adalah beberapa langkah penting yang diperlukan dalam pakej ekonomi kedua yang dijangka diumumkan pada 30 Mac.

Pakar ekonomi memberitahu The Malaysian Insight, pakej kedua perlu disasarkan bagi membolehkan “bertahan dalam kemelesetan” dan bukan hanya “merangsang ekonomi” ketika koronavirus menjejaskan dunia dan menyebabkan hampir semua perdagangan terhenti.

Ia perlu benar-benar komprehensif dan besar untuk membantu semua pihak untuk berdepan kemelesetan yang nampaknya mungkin lebih buruk berbanding krisis kewangan 2008, kata mereka.

Oleh itu, kerajaan perlu memberikan pakej lebih besar berbanding RM60 bilion yang dibelanjakan ketika krisis 2008, kata mereka.

Ini adalah untuk memastikan kemelesetan ekonomi tempatan lebih singkat dan perniagaan serta pekerja boleh cepat kembali bergerak sebaik sahaja ekonomi dunia pulih, kata Dr Yeah Kim Leng dari Universiti Sunway.

“Semua ekonomi utama dihentikan ketika bergelut dengan pandemik ini dan ia akan memberi impak besar kerana kita adalah negara perdagangan,” kata Yeah.

Pakar ekonomi lain seperti Dr Nungsari Ahmad Radhi berkata kesan Covid-19 terhadap ekonomi dan kualiti hidup begitu besar yang tidak pernah dilihat sebelum ini.

“Justeru, nampaknya kemungkinan pandemik dan kesan langsungnya akan dirasai, mungkin dalam tempoh 12 hingga 18 bulan lagi,” tulis Nungsari dalam surat terbuka yang ditandatangani oleh Hamdan Abdul Majeed dan Muhammad Khalid.

Nungsari adalah pengerusi lembaga pengarah Institut Penyelidikan Khazanah dan Hamdan pengarah urusan ThinkCity, anak syarikat Khazanah Nasional Bhd, sementara Muhammad merupakan penasihat kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Rangsangan itu juga harus mampu membantu perniagaan daripada mengharungi kesan berganda disebabkan permintaan dan bekalan yang rendah, kata penyelidikan Penyelidikan Kemajuan Sosial (Refsa).

Kemelesetan berlaku apabila “rakyat tidak dapat berbelanja”, menyebabkan permintaan rendah, dan ketika “rakyat tidak boleh bekerja”, menyebabkan bekalan rendah, kata Refsa Tan E Hun dan Ivy Kwek. – 26 Mac, 2020.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen