RAKYAT Malaysia mungkin berdepan kemungkinan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) selepas seminggu ia dilaksanakan dan sepatutnya berakhir pada 31 Mac.
PKP yang mula berkuatkuasa pada 18 Mac bertujuan memecahkan rantaian jangkitan dengan menghalang rakyat berhubungan antara satu sama lain.
Bagaimanapun, kelihatannya penambahan kes Covid-19 tidak berkurangan.
Sebaliknya, ia meningkat lebih 100% daripada 790 kes pada 18 Mac kepada 1,624 setakat semalam.
Dalam tempoh ini, 15 kematian dikaitkan dengan koronavirus dilaporkan.
Kadar jangkitan dalam tempoh tujuh hari seterusnya, akan mempengaruhi sama ada PKP dilanjutkan atau sebaliknya.
Ketika Malaysia mengenakan PKP pada 18 Mac, ia termasuk segelintir negara yang berbuat demikian selepas China.
Hari ini, lebih 1 bilion penduduk di beberapa negara menjalani tindakan seperti pengurungan (lockdown) ketika Covid-19 menjangkiti lebih 380,000 orang di seluruh dunia.
Sejak tujuh hari lalu, PKP menjejaskan ekonomi negara, sementara sistem penjagaan kesihatan bergelut menangani kes baru Covid-19, yang meningkat dalam angka tiga digit setiap hari.
Walaupun tentera dikerah untuk membantu pihak polis menguatkuasakan PKP, rakyat kelihatan mengambil ringan arahan kuarantin dengan alasan paling remeh seperti “melawat kawan” atau melakukan perjalanan lebih dari 10km untuk “makan hidangan kegemaran saya”.
Di bawah ini terdapat rekod beberapa perkara yang menjadi tumpuan beberapa minggu kebelakangan ini, yang sebahagiannya akan menunjukkan mengapa PKP akan dilanjutkan. – 25 Mac, 2020.
Berita penuh di sini
Komen