Teknik rapid tes kit tidak digunakan kerana keputusan tidak tepat, kata kementerian


Bede Hong

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata Kementerian Kesihatan menggunakan Real-Time Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (rRT-PCR) untuk menentukan sama ada pesakit dijangkiti virus Covid-19. – Gambar fail The Malaysian Insight, 24 Mac, 2020.

KEMENTERIAN Kesihatan tidak akan menggunakan teknik rapid test kit (RTK) untuk mengesan jangkitan Covid-19 kerana hasil awal tidak boleh dipercayai, kata Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah.

Pada masa ini kementerian menggunakan Real-Time Reverse Transcription Polymerase Chain Reaction (rRT-PCR) untuk menentukan sama ada pesakit dijangkiti virus berkenaan.

“Ujian rRT-PCR mengesan kehadiran virus Covid-19 dalam badan pesakit,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Rapid test kit yang baru saja memasuki pasaran digunakan untuk mengesan antibodi yang terhasil di dalam badan.

“Antibodi muncul di dalam badan kira-kira lima hingga lapan hari selepas jangkitan. Ujian RTK yang mengesan antibodi tidak dapat mengesan virus dan mengesahkan jangkitan. Ini bermakna ujian tidak boleh digunakan untuk pengesanan awal Covid-19,” katanya.

Dr Noor Hisham menggesa orang awam untuk tidak menjalani ujian RTK dengan sewenang-wenangnya tanpa mendapat khidmat nasihat dari pengamal perubatan kerana mungkin menghasilkan keputusan tidak tepat.

Ujian PCR di hospital swasta mencecah kos sehingga RM700. – 24 Mac, 2020.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen