Polis tiada petunjuk nasib Pastor Koh


Noel Achariam

ASP Supari Muhammad yang memberi keterangan pada hari kesembilan siasatan berkata, penculikan Koh mungkin melibatkan golongan ekstremis. – Gambar fail The Malaysian Insight, 16 November, 2017.

POLIS tidak mengetahui sama ada Pastor Raymond Koh yang hilang sejak Februari masih hidup atau sebaliknya, siasatan awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) diberitahu hari ini.

ASP Supari Muhammad yang memberi keterangan hari ini pada siasatan hari kesembilan berkata, penculikan Koh mungkin melibatkan golongan ekstremis.

Pesuruhjaya Suhakam Mah Weng Kwai bertanya kepada Supari pendapatnya mengenai kes Koh, berdasarkan apa yang diketahui oleh polis setakat ini.

Mah juga bertanya kepada Supari jika polis mengetahui sekiranya Koh masih hidup atau sebaliknya.

“Tidak tahu,” jawab Supari.

Supari memberitahu polis panel juga tidak mengetahui sama ada Koh berada di dalam atau di luar negara.

Mah kemudian bertanya kepada Supari jika terdapat sebarang menunjukkan kes empat rakyat Malaysia yang hilang, termasuk Koh mempunyai kaitan.

Supari menjawab dengan negatif. “Saya melihat kes Koh dan ia adalah penculikan. Kes lain adalah kes orang hilang.”

Pemerhati polis bertanya kepada Supari jika dia, sebagai pegawai penyiasat dalam kes itu ada meminta sebarang bantuan.

Mereka juga bertanya apakah dia tahu apa yang dilakukan oleh jabatan polis lain berkenaan siasatan kes itu.

“Saya tidak pasti apa yang dilakukan jabatan lain,” kata Supari.

“Saya terus menyiasat kes. Jika ada maklumat baru, saya akan membuat tindakan selanjutnya.”

Peguam keluarga Koh, Steven Thiru bertanya kepada Supari jika dia tahu sama ada Koh berada dalam tahanan polis.

“Kenyataan anda ialah anda tidak tahu apa jabatan yang sedang dilakukan dalam siasatan Koh.

“Adakah anda tahu jika Koh kini berada dalam tahanan polis?”

Supari berkata dia tidak pasti dan setakat yang diketahuinya, Koh tidak berada dalam tahanan.

Suruhanjaya siasatan Suhakam ditubuh bagi menentukan sama ada kehilangan Koh dan tiga yang lain – Pastor Joshua Hilmy dan isterinya Ruth dan aktivis sosial Amri Che Mat – adalah kes kehilangan paksa, iaitu penculikan yang dibuat dengan kuasa atau sokongan negeri atau organisasi politik.

Pesuruhjaya Suhakam Mah mengetuai panel yang terdiri daripada Aishah Bidin dan Dr Nik Salida Suhaila Nik Saleha, yang juga pesuruhjaya Suhakam. – 16 November, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen