Peniaga, penghuni rumah kos rendah berdepan kesulitan


Aminah Farid

Peniaga dan penduduk di PPR Kuala Lumpur berdepan kesulitan sepanjang perintah kawalan pergerakan apabila bekalan barangan kurang selain bimbang untuk keluar rumah mencari barangan. – Gambar fail The Malaysian Insight, 21 Mac, 2020.

PEMILIK kedai di projek perumahan awam Sri Pantai (PPR) di Kuala Lumpur berdepan kesukaran mendapatkan semula bekalan barangan disebabkan pembelian panik dan kenaikan harga seperti bawang dan ayam ketika perintah kawalan pergerakan dilaksanakan.

Mereka juga mengadu kekurangan pelanggan kerana penduduk takut untuk keluar mendapatkan bekalan makanan.

“Kedai saya agak kosong. Saya dapat tambah bekalan sedikit sahaja bergantung kepada pembekal. Barangan seperti bawang naik, mereka sekarang menjualnya dengan harga RM9 sekilogram.

Peniaga kedai runcit Adi Idris berkata hanya ada satu kampit beras di kedainya disebabkan pembelian panik tempoh hari.

“Kedai saya tidak sesak seperti biasa kerana orang ramai takut turun mendapatkan bekalan,” katanya ketika ditemui oleh The Malaysian Insight.

Sesetengah penduduk juga terpaksa keluar membeli barangan keperluan yang tidak terdapat di kawasan kejiranan mereka.

Shahira Jahari memberitahu The Malaysian Insight bahawa dia takut keluar tetapi tidak mempunyai pilihan disebabkan beberapa barang tidak terdapat di kedai runcit berhampiran.

“Saya takut mendapat jangkitan Covid-19 jadi saya kekalkan jarak sosial dan membawa ‘chopstick’ logam untuk menekan butang lif setiap kali keluar.

“Paling terdekat saya pergi ialah Aeon berhampiran atau Gateway Mall,” katanya. – 21 Mac, 2020.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen