HAKIM Belanda semalam menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup terhadap lelaki Turki kerana menembak “pengganas” di dalam tram di bandar Utrecht yang menyebabkan empat orang terbunuh.
Gokmen Tanis, 38, didapati bersalah menembak dengan pistol pada Mac 2019.
Dia disabitkan dengan kesalahan menembak di dalam tram di Utrecht sehingga menyebabkan empat maut selain cubaan membunuh 17 orang lain.
Dia membunuh seorang wanita berusia 19 tahun dan tiga lelaki berusia 28, 49 dan 74 tahun manakala kira-kira 12 orang cedera.
Tanis yang mempunyai rekod jenayah rogol dan mencuri ditangkap sehari selepas serangan. Dia kemudian mengaku bersalah.
Pendakwa berkata tertuduh meninggalkan surat di dalam kereta yang tertulis “Saya melakukan ini demi kepercayaan saya, anda mahu membunuh orang Islam, anda mahu mengambil kepercayaan kami tetapi anda tidak berjaya”.
Mahkamah bagaimanapun mempersoalkan sama ada tertuduh seorang jihad sebenar memetik pakar mengatakan minatnya terhadap radikal kurang kerana kepercayaan agama selain lebih banyak masalah serta kegagalan dalam hidupnya.
Perbicaraan terganggu beberapa kali apabila Tanis meludahi peguamnnya, membuat isyarat lucah kepada hakim kemudian memprovok seorang mangsa ketika memberi keterangan. – AFP, 21 Mac, 2020.
Komen