DR Mahathir Mohamad mengisytiharkan keputusan Muhyiddin Yassin memecat Setiausaha Agung Bersatu sebagai tidak sah kerana tidak mengikut perlembagaan parti.
Pengerusi Bersatu itu berkata beliau tidak dirujuk sebagai pengerusi parti ketika pemecatan dibuat.
Dalam satu surat kepada presiden parti itu Ahli Parlimen Langkawi berkata beliau sepatutnya dirujuk sebagai pengerusi parti dan ia sudah tersedia dalam perlembagaan parti.
Dr Mahathir menegaskan bahawa Artikel 13.9 dan 16.3.3 perlembagaan parti memberi kuasa kepada Muhyiddin untuk memecat setiausaha itu tetapi hanya selepas berunding dengan pengerusi.
“Maksud dan penggunaan perkataan ‘berunding’ dalam konteks ini tidak bermakna presiden perlu memberitahu pengerusi.
“Ia mesti menjadi perbincangan menyeluruh antara presiden parti dan pengerusi mengenai perkara pelantikan pegawai ini,” katanya.
Terdahulu Marzuki mengesahkan beliau dipecat sebagai Setiausaha Agung Bersatu.
Beliau memberitahu The Malaysian Insight bahawa surat pemecatan ditandatangani oleh presiden parti Muhyiddin Yassin dan dihantar kepadanya semalam.
“Ya, saya terima surat itu semalam,” katanya.
Salinan surat bertarikh 18 Mac 2020 kini tular.
Surat itu tidak membrikan sebab pemecatan tetapi menyatakan bahawa ia adalah sesuai dengan perlembagaan parti. – 20 Mac, 2020.
Berita penuh di sini
Komen