Trak makanan diarah henti operasi, kata Annuar Musa


Noel Achariam

Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa berkata trak makanan di ibu negara akan dihentikan operasi hari ini berikutan telah menarik orang ramai untuk berkumpul. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 20 Mac, 2020.

TRAK makanan di ibu negara akan dihentikan operasi hari ini kerana menarik minat orang ramai berkumpul sehingga melanggar perintah kawalan pergerakan, kata Annuar Musa.  

Menteri Wilayah Persekutuan berkata pada mulanya dipersetujui bahawa trak makanan boleh beroperasi untuk perkhidmatan bawa pulang tetapi mereka dilihat berkumpul dalam jumlah besar.

“Berdasarkan pemerhatian kami operasi trak makanan berkumpul di beberapa kawasan di Kuala Lumpur.

“Kadang-kadang kira-kira 30 hingga 40 trak berkumpul sehingga menarik minat orang ramai dan ini melanggar perintah kawalan pergerakan,” katanya pada mesyuarat Majlis Keselamatan Negara Wilayah Persekutuan di Kuala Lumpur hari ini.

Dewan Bandaraya berkata terdapat hampir 300 trak makanan beroperasi di Kuala Lumpur. – 20 Mac, 2020.   

Menyusul


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen