7 sekolah tahfiz hadir himpunan tabligh diminta tampil jalani saringan Covid-19


Noel Achariam

Kalau tidak tampil secara sukarela, kita akan cari jalan untuk jejaki mereka, kata Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa. – Gambar The Malaysian Insight oleh Kamal Ariffin, 20 Mac, 2020.

PIHAK berkuasa menggesa tujuh sekolah tahfiz tidak berdaftar dan beberapa persatuan di Kuala Lumpur yang menghadiri perhimpunan ijtimak tabligh di Masjid Sri Petaling baru-baru tampil menjalani ujian saringan Covid-19.

Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa meminta mereka yang hadir pada perhimpunan itu datang secara sukarela untuk menjalani ujian sebelum pihak berkuasa mengambil tindakan.

“Kita minta mereka yang hadir perhimpunan itu tampil. Kita juga dapat maklumat mengenai tempat tinggal mereka.

“Kalau mereka tidak tampil secara sukarela, kita akan cari jalan untuk jejaki mereka,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Jawatankuasa Kerja Keselamatan Negeri hari ini.

Perhimpunan yang dihadiri 16,000 orang jemaah tabligh itu bermula dari 27 Februari sehingga 1 Mac.

Lebih 500 daripada 790 kes Covid-19 di negara ini dikaitkan dengan perhimpunan tersebut. Salah seorang jemaah tabligh meninggal dunia selepas dijangkiti virus itu. – 20 Mac, 2020.   

Berita penuh di sini.              


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen