89 jemaah tabligh Malaysia di Sulawesi akan dikuarantin


Mohd Farhan Darwis

Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob berkata jemaah tabligh Malaysia yang menyertai himpunan di Sulawesi, Indonesia akan disaring dan dikuarantin sekembalinya ke tanah air. – Gambar fail The Malaysian Insight, 19 Mac, 2020.

JEMAAH tabligh Malaysia yang menyertai himpunan di Sulawesi, Indonesia akan disaring dan dikuarantin sekembalinya ke tanah air, kata Menteri Kanan Ismail Sabri Yaakob.

Menteri pertahanan itu berkata, ini kerana penyertaan mereka dalam himpunan tersebut menimbulkan kebimbangan rakyat, memandangkan penularan wabak Covid-19.

“Rakyat juga bimbang tentang kumpulan tabligh di Indonesia, terdapat 89 rakyat Malaysia telibat dan jawatankuasa buat keputusan apabila kumpulan itu pulang akan dikuarantinkan,” katanya pada sidang media di Putrajaya.

Menteri Luar Hishammuddin Hussein pula dalam kenyataan awalnya berkata kementeriannya akan bekerjasama untuk mengenal pasti semua 89 jemaah tabligh tersebut.

“Kementerian Luar akan bantu terutamanya kenal pasti kesemua yang terlibat secepat mungkin,” kata Hishammuddin di Twitter. – 19 Mac, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen