KERAJAAN memberi jaminan stok makanan mencukupi danboleh diperolehi daripada pasar awam, pasar nelayan dan 17 pusat operasi Fama seluruh negara yang diluluskan.
Jaminan itu dikeluarkan berikutan penutupan semua pasar tani dan pasar malam mengikut Perintah Kawalan Pergerakan.
“Stok makanan (dan) beras kita di pasaran mencukupi. Rakyat tidak perlu panik dengan membeli beras (dan) makanan yang banyak untuk disimpan di rumah,” kenyataan itu dipetik.
Selain itu, keperluan juga boleh diperolehi dari pasar raya, kedai runcit dan kedai serbaneka menjual keperluan harian dan secara online melalui agrobazaar.com.my dan nekmatbiz.com.my.
Kementerian Pertanian dan Industri Makanan menyebut, kegiatan pertanian dan pengeluaran makanan juga boleh diteruskan untuk memastikan bekalan mencukupi.
Kenyataan dalan bentuk jawapan kepada soalan lazim itu bagaimanapun menasihatkan petani mengambil langkah berjaga-jaga mengelak jangkitan.
Ternakan juga tidak akan terjejas dengan Covid-19, kata kementerian.
Ia turut menyatakan, hanya kenderaan berat membawa bekalan makanan sahaja dibenarkan keluar masuk sempadan negara pada waktu perintah kawalan berkuatkuasa. – 19 Mac, 2020.
Komen