Isu di sebalik pelaksanaan perintah kawalan Covid-19


Bede Hong

Seorang pegawai polis menasihati pengguna jalan raya pulang ke rumah ketika perintah kawalan pergerakan di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur malam tadi. Malaysia mengenakan perintah untuk memutuskan rantaian penularan Covid-19. – Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 19 Mac, 2020.

LEBIH 30 juta rakyat Malaysia menjalani perintah kawalan pergerakan oleh Putrajaya yang tidak pernah berlaku sebelum ini berhubung perjalanan dan perhimpunan berskala besar, yang dikatakan oleh kerajaan perlu untuk membendung gelombang jangkitan Covid-19.

Perintah yang dikeluarkan oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin di bawah Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 dan Akta Polis 1967 pada malam Isnin, menghalang semua perhimpunan. Kali terakhir perintah yang sama dikeluarkan lima dekad yang lalu, semasa rusuhan 13 Mei.

Rakyat Malaysia juga dilarang melakukan perjalanan ke luar negara, dengan sekatan terhadap orang asing yang datang ke negara ini. 

Keluarga juga perlu duduk rumah memandangkan sekolah, universiti, pejabat kerajaan serta perniagaan swasta yang tidak terlibat dalam perkhidmatan penting ditutup selama dua minggu.

Dalam ucapannya kepada negara pada malam Isnin, Muhyiddin menyifatkan larangan sebagai “perlu” untuk memerangi virus itu.

Bagaimanapun sejak dua hari lalu, kerajaan baru Perikatan Nasional, yang dibentuk pada awal Mac berikutan kejatuhan Pakatan Harapan, terpaksa berdepan kritikan lebih hebat susulan pelaksanaan perintah itu.

Malam tadi, Muhyiddin memaklumkan negara sekali lagi dengan menggesa seluruh rakyat “duduk di rumah”. 

Beliau juga berkata jika rantaian jangkitan tidak dapat diputuskan dalam tempoh ini, perintah itu akan dilanjutkan.

Beberapa isu juga menerima kecaman terhadap pelaksanaan dan penyelarasannya yang tidak memuaskan, antaranya:

1. Pusingan U sekatan perjalanan antara negeri

Ketua Polis Negara, Abdul Hamid Bador berkata orang ramai perlu mendapatkan kebenaran polis sebelum melakukan perjalanan antara negeri. Ia dibatalkan beberapa jam kemudian tetapi tidak dilakukan sebelum ribuan pemohon memenuhi balai polis.

2. Ribuan keluar dari Lembah Klang, tingkat risiko jangkitan

Terminal bas dan kereta api di Lembah Klang dibanjiri puluhan ribu orang pada malam Selasa yang bergegas untuk pulang ke kampung halaman sebelum perintah itu dilaksanakan.

Kekecohan itu sebahagiannya disebabkan penerangan dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) pada Selasa, yang menyatakan semua pelajar, termasuk warga asing, perlu meninggalkan penginapan kampus sepanjang tempoh tersebut. – 19 Mac, 2020.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen