Tiada lagi kesesakan di stesen TBS


Noel Achariam

Keadaan stesen bas Terminal Bersepadu Selatan (TBS) kembali normal selepas dipenuhi orang ramai malam tadi susulan pengumuman perintah kawalan pergerakan dibuat oleh Perdana Menteri Muhyiddin Yassin. – Gambar oleh Kamal Ariffin, 18 Mac, 2020.

STESEN Bas Terminal Bersepadu Selatan (TBS) di Bandar Tasek Selatan yang dipenuhi orang ramai malam tadi kembali normal hari ini dengan hampir tidak ada barisan di kaunter tiket.

Sebanyak 10 kaunter tiket tambahan yang dibuka bagi menampung pengeluaran besar-besaran malam tadi juga ditutup hari ini.

Pelajar muzik UiTM Ahmad Adli Mohd Nur, 19, dari Pontian, Johor berkata dia berasa lega apabila stesen bas tidak dipenuhi orang ramai.

“Kami mahu datang semalam tetapi bila dengar terlalu ramai orang di sini, kami tak jadi datang,” katanya ketika ditemui di TBS.

Kekecohan pada malam tadi berlaku selepas kerajaan mengumumkan perintah kawalan pergerakan yang mana perhimpunan diharamkan, sekolah dan universiti, perniagaan serta pejabat yang tidak penting ditutup selama dua minggu bermula hari ini sehingga 31 Mac bagi membendung pandemik Covid-19.

Orang ramai mula beratur membeli tiket seawal jam 2 petang untuk pulang ke kampung halaman.

Tindakan tergesa-gesa itu dibuat susulan pengumuman dibuat Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang menyebabkan mereka panik untuk mendapatkan tiket bas atau kereta api dengan cepat.. – 18 Mac, 2020.

MENYUSUL


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen