Pemain catur tidak dipaksa tarik diri daripada kejohanan, kata penganjur


Low Han Shaun

Pegawai Penerangan Persekutuan Catur Malaysia Amirul Mohamad menegaskan pemain berusia 12 tahun tidak dipaksa menarik diri daripada pertandingan catur, seperti didakwa sesetengah pihak. – Gambar The Malaysian Insight, 29 April, 2017.

JUARA daerah pertandingan catur berusia 12 tahun yang mendapat liputan media kerana pakaiannya semasa pertandingan minggu lalu tidak dipaksa menarik diri tetapi melakukannya dengan rela hati, kata penganjur kejohanan.

Pegawai Penerangan Persekutuan Catur Malaysia (MCF) Amirul Mohamad berkata “penampilan sopan” bagi kejohanan catur berbeza mengikut keadaan dan biasanya diputuskan ketua pengadil dan pengarah kejohanan.

“Sebagai contoh, tahun ini kejohanan wanita dunia di Iran, penganjur mahu peserta memakai selendang.

“Jadi ketua pengadil atau pengarah kejohanan boleh mengenakan kod pakaian tertentu berdasarkan keadaan semasa,” katanya kepada The Malaysian Insight.

Amirul berkata, walaupun kod berpakaian diiktiraf sebahagian daripada kejohanan catur di peringkat antarabangsa, pelanggaran jarang berlaku, yang menyebabkan kehilangan kelayakan.

Menurut Amirul, gadis itu bermain dalam pusingan pertama kejohanan pada 14 April apabila juri menyedari skirtnya terlalu pendek apabila duduk. Selepas perlawanan, beliau diminta menukar sebelum pusingan seterusnya.

“Gadis itu bermain dalam pusingan pertama, ketika itu juri lain termasuk ketua pengadil perasan pakaian beliau.

“Ketua pengadil bercakap kepadanya pada pusingan kedua tentang pakaiannya. Selepas pusingan kedua, beliau bersama ibunya ke meja urusetia kejohanan untuk menyerahkan surat penarikan diri dengan tandatangannya. Beliau tidak dipaksa sama sekali,” katanya .

Ibu gadis itu, Chin Wai Ling, berkata berharap penganjur kejohanan akan memohon maaf atas kejadian itu, dan berkata beliau mengeluarkan surat tuntutan penjelasan.

Dalam surat jawapan yang ditujukan kepada Chin, pengarah kejohanan Sophian Yusof berkata tiada sebarang bantahan rasmi daripada gadis itu pada masa kejadian dan tidak terdapat rayuan terhadap etika berpakaian.

“Penganjur (rasmi kejohanan dan sekolah) menasihatkan anak perempuan berpakaian sewajarnya untuk hari berikut sejak kejohanan itu berlangsung di dalam kawasan sekolah di bawah Kementerian Pendidikan,” katanya dalam surat itu.

Menurut MCF, kata Amirul, keseluruhan isu itu diperbesar-besarkan susulan posting di Facebook oleh pihak ketiga yang tidak ada pada kejohanan itu.

“Posting Facebook dibuat pihak ketiga yang tidak ada di kejohanan itu. Ia bukan dibuat ibu atau pemain, jadi ia sebenarnya tidak benar.

“Malah jurulatih itu juga tiada di dewan bermain, jadi bagaimana beliau boleh membuat kenyataan jika tidak hadir?”

Pengarah kejohanan membuat laporan polis terhadap pengguna Facebook yang “memusing” cerita, kata Amirul.

Pertandingan catur The National Scholastic diadakan di Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya dan dianjurkan bersama MCF dan Kementerian Pendidikan sebagai acara yang diiktiraf Persekutuan Catur Dunia (FIDE).

Semalam, jurulatih gadis itu Kausal Khandhar dan ibunya memberitahu The Star Online pemain itu terpaksa menarik diri daripada kejohanan catur kerana kegagalan menukar pakaian beliau.

Ketua Arbiter Chan Kwai Keong mengeluarkan kenyataan hari ini berkata isu itu akan diteliti lebih lanjut oleh Jawatankuasa Rayuan.

“Penganjur tidak mengaku versi pengadu terhadap peristiwa itu. Pihak penganjur, bagaimanapun, ditahan daripada membuat kenyataan, kerana ingin memberi Jawatankuasa Rayuan peluang membuat keputusan adil dan saksama,” katanya dalam satu kenyataan. – 29 April, 2017.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen