Mukhriz cabar Muhyiddin untuk jawatan presiden Bersatu


Mohd Farhan Darwis

Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti Bersatu Syed Hamid Albar (tengah) semasa sidang media di ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya, hari ini. – Gambar The Malaysian Insight oleh Afif Abd Halim, 16 Mac, 2020.

MUHYIDDIN Yassin berdepan tentangan daripada anak Mukhriz Mahathir dan seorang lagi calon untuk mempertahankan jawatan presiden Bersatu.

Perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) Bersatu Syed Hamid Albar dalam sidang medianya di ibu pejabat Bersatu di Petaling Jaya, hari ini.

Seorang lagi pencabar tersebut adalah Mohd Faiz Azlee Sham.

Jawatan timbalan presiden juga hangat dengan ditandingi penyandang setiausaha agung Bersatu Marzuki Yahya, ketua Bersatu Perak Ahmad Faizal Azumu dan seorang lagi Anas Akashah Nazri.

Bagi tiga slot jawatan naib presiden, seramai 15 calon menghantar borang pencalonan.

Jawatan sayap ketua Pemuda Bersatu pula menyaksikan pertandingan tiga penjuru, manakala sayap Srikandi pula seramai empat calon mengemukakan borang.

Syed Hamid juga mengumumkan pemilihan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) yang dijadualkan berlangsung pada 18 April ditunda bagi mematuhi larangan Jabatan Pendaftar Pertubuhan untuk tidak mengadakan perhimpunan besar.

“Tarikh mesyuarat bukan bidang kuasa JPP, terpulang kepada MPT untuk tentukan tarikh persidangan bahagian untuk pilih ahli MPT.

“Sepatutnya 18 April, dengan arahan baru ini sampai hujung Jun, bermakna akan ada kesan ke atas Perhimpunan Agung Bersatu yang dijadual pada 25 hingga 28 Jun.

“Saya tak tahu keputusannya, kita tunggu sahajalah,” kata Syed Hamid.

Perkara itu katanya turut memberi kesan kepada beberapa cawangan yang masih belum menjalankan pemilihan peringkat bahagian mereka.

Berikut senarai penuh calon yang bertanding MPT Bersatu

Pengerusi tetap
Suhaimi Mohd Ghazali
Mohd Shariff Omar
Yacob Atan
Mohd Suhaimi Abdulla

Timbalan pengerusi tetap
Muhammad Najib Azimy
Azman Jaacob
Mohd Azrien Mohd Sal
Khairuddin Esa
Zulkifli Abdullah
Hashim Suboh
Anuar Mohd Tajuddin
Sobri Ahmad
Shaharizal Othman

Pengerusi
Dr Mahathir Mohamad

Presiden
Muhyiddin Yassin
Mukhriz Mahathir
Mohd Faiz Azlee Sham

Timbalan presiden
Marzuki Yahya
Ahmad Faizal Azumu
Anas Akashah Nazri

Naib presiden
Abdul Rashid Rahman
Sallehudin Amiruddin
Mohd Nizam Md Noh
Erwan Mohd
Mohd Shahni Ismail
Mohd Redzuan Md Yusof
Mohd Sabri Mohamad
Abdul Rashid Asari
Sabirin Jaafar
Mohd Radzi Md Jidin
Mohd Rafiq Naizamohideen
Adhif Shan Abdullah
Ranizal Basiran
Ronald Kiandee
Mazlan Bujang

Ketua Armada
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman
Mohd Muzammil Ismail
Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal

Naib Ketua Armada
Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir
Muhamad Syafiq A Aziz
Anas Akashah Nazri
Adam Asmuni
Ceaser Mandela Malakun

Ketua Srikandi
Azlina Mehtab Mohd Ishaq
Izza Ismail
Zuhuraina Makmur
Rina Mohd Harun

Naib Ketua Srikandi
Saarah Ali Bashah
Ruzita @ Khaironi Mohd Hashim
Norliza Ngadiran
Syarifah Salmah Syed Agil
Mas Ermiyati Samsudin
Najwah Halimah Ab Alim. – 16 Mac, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen