PROJEK Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) diteruskan mengikut jadual walaupun berlaku perubahan kerajaan serta wabak Covid-19, menurut sumber.
Projek landasan kereta api itu diteruskan mengikut jadual dan tiada notis penggantungan yang dikeluarkan oleh mana-mana pihak berkuasa setakat ini, katanya kepada The Malaysian Insight.
Kebimbangan projek berkenaan akan ditangguh susulan wabak Covid-19 juga ditolak kerana tenaga kerja terdiri daripada warga tempatan dan bukan warganegara China, menurut sumber yang enggan dinamakan.
“Kita tidak tahu berapa lama wabak ini akan berlarutan. Tetapi saya percaya sekiranya berlaku penangguhan sekalipun, ia tidak akan menjejaskan perkembangan projek.”
Projek berkenaan dijadualkan siap pada Disember 2026.
Namun timbul persoalan sama ada kerajaan baharu yang diterajui Muhyiddin akan membatalkan projek ini.
“Kita semua tahu kerajaan sudah bertukar.
“Pemimpin berlainan mungkin mempunyai pandangan berbeza. Kita hanya menunggu sekiranya terdapat perubahan.”

Sementara itu, penganalisis politik Soon Hoh Sing berkata, kerajaan mungkin tidak berminat dengan projak yang mungkin tidak berdaya maju. Ini kerana jalur kereta api berkenaan melalui kawasan yang kurang penduduk.
“Persoalannya ialah: adakah ia efektif dari segi kos? Sekiranya aliran penumpang rendah, ia sendiri tidak mampu untuk menanggung kos oenyelenggaraan dalam jangka masa panjang.”
Bagaimanapun, Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan Sosio-Ekonomi (SERC), Lee Heng Guie optimis dan menyatakan projek berkenaan akan memacu pembangunan ekonomi di pantai timur.
“Malah, fokus utamanya adalah kargo. Dari Kelantan sehingga ke Pahang, melalui bandar pelabuhan Kuantan ke Pelabuhan Klang, jajaran kereta api ini bukan sahaja mengangkut hasil pertanian, tetapi juga perlombongan. Ia juga mampu menarik pelabur dari China dalam industri ringan kita.”
Projek berkenaan diteruskan oleh kerajaan sebelum ini pada 2018. Kemudian pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan keetika itu Daim Zainuddin mengadakn rundingan dengan kerajaan China dan syarikat pembinaan untuk menurunkan skala pelan landasan berkenaan.
Kos pembinaan kemudian dikurangkan daripada RM65.5 bilion kepada RM44 bilion, seklaigus menjimatkan RM21.5 bilion.
Projek itu dimulakan oleh kerajaan Barisan Nasional, ketika itu diterajui perdana menteri Najib Razak yang mengatakan projek itu memakan kos RM55 bilion. ECRL melibatkan jarak 688 kilometer, termasuk 100 kilometer jambatan serta terowong sepanjang 60 kilometer.
Kerajaan PH mendakwa kos berkenaan menigkat melebihi angka yang dicadangkan.
Kerajaan BN telah membayangkan 24 stesen sepanjang jajaran yang menghubungkan seluruh pantai timur ke Pelabuhan Klang. Perjalanan di atas lnadasan berkembar yang dicadangkan mengambil masa empat jam dari Kelantan ke Pelabuhan Klang.
Di bawah kerajaan Pakatan Harapan, projek itu dikecilkan ke 14 stesen, merentasi Kelantan, Terengganu, Pahang, Negeri Sembilan, Selangor dan Putrajaya. – 16 Mac, 2020.
Komen