KETUA Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyelar Barisan Nasional kerana kerana menuduh kerajaan negeri memaksa mangsa banjir untuk sertai Pakatan Harapan untuk layak menerima bantuan banjir.
Beliau berkata tuduhan itu adalah berniat jahat, dan kerajaan negeri tidak pernah mengamalkan diskriminasi kepada rakyatnya untuk kepentingan politik.
“Mereka menuduh kami dalam artikel Utusan Malaysia bertarikh 20 September bahawa sesiapa yang mahu mendapatkan bantuan banjir RM400 perlu menjadi ahli parti PH.
“Selama ini kita tidak pernah mengamalkan perkara ini. Walaupun ketika memulakan program bantuan kebajikan tahunan, syarat berkenaan tidak pernah dikenakan.
“Malah ahli Umno juga adalah penerima bantuan itu,” katanya pada penggulungan perbahasan di sidang Dewan Undangan Negeri hari ini.
Sebelum banjir besar melanda negeri itu pada awal bulan ini, Pulau Pinang pernah dilanda banjir kilat pada 15 September, namun ia tidak memberikan impak yang teruk.
Kerajaan negeri menawarkan bantuan secara one-off sebanyak RM400 kepada mangsa banjir.
Topik itu mencetuskan perang mulut pada sidang Dun antara Lim, yang merupakan DAP Adun Air Putih, dengan ahli pembangkang.
“Adakah Utusan Malaysia betul? Pereggan tertentu (dengan tuduhan) sangat menyakitkan. Kamu tidak baca sendiri artikel itu,” soal Lim kepada ketua pembangkang Jahara Hamid (BN-Teluk Air Tawar) yang dipetik oleh akhbar harian itu.
Jahara membalas dengan memberitahu Lim perkataan “difahamkan” digunakan dalam perenggan itu, yang bermakna yang bermaksud bahawa mereka telah dibuat untuk memahami bahawa itu adalah keperluan.
Lim berkata, “difahamkan” adalah kenyataan positif dan penegasan fakta.
“Ini tidak boleh diterima. Kamu sendiri adalah peguam. Ia bermakna kamu telah dibuat untuk faham yang rakyat perlu mendaftar sebagai ahli parti PH untuk mendapatkan bantuan banjir.
“Boleh kamu tunjuk bukti? Kalau tidak, (jadi) ia adalah tuduhan yang serius (terhadap kerajaan negeri). Ia (tuduhan) adalah penyelewengan.
Jahara bagaimanapun berkata, beliau tidak boleh tunjuk bukti pada saat akhir, Lim bagaimanapun meminta beliau buktikan pada petang ini.
“Saya tahu kamu akan bersara. Saya harap kamu bersara dengan penghormatan. Ini ialah kerajaan negeri yang berkhidmat untuk semua, tanpa mengira politik,” katanya. – 14 November, 2017.
Komen