SARAWAK boleh mengenakan cukai jualan produk petroleum ke atas Petronas, putus Mahkamah Tinggi Kuching, hari ini.
Hakim Azahari Kamal Ramli berkata, Sarawak bertindak dalam bidang kuasa undang-undang sedia ada untuk menuntut syarikat petroleum negara itu membayar cukai tertunggak.
Dalam keputusan menolak permohonan Petronas untuk semakan kehakiman kes itu, Azahari memutuskan tiada undang-undang yang menghalang Sarawak atau Sabah mengenakan cukai jualan kepada hanya perkara dalam bidang kuasa kerajaan negeri.
“Notis yang dikeluarkan sah. Responden pertama (Pengawal Cukai Jualan Negeri) juga bertindak munasabah dalam mengeluarkan notis itu,” kata Azahari.
Petronas membantah pelaksanaan cukai itu atas hujah cukai sedemikian tidak boleh dikenakan ke atas syarikat petroleum negara kerana komoditi itu berada dalam senarai perkara bidang kuasa kerajaan persekutuan dan bukannya negeri. – 13 Mac, 2020.
MENYUSUL
Komen