Ahmad Maslan dilantik setiausaha agung Umno


Mohd Farhan Darwis Chan Kok Leong

Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan dilantik sebagai setiausaha agung Umno menggantikan Annuar Musa yang dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan.– Gambar The Malaysian Insight oleh Hasnoor Hussain, 12 Mac, 2020.

AHLI Parlimen Pontian Ahmad Maslan dilantik sebagai setiausaha agung Umno.

Beliau menggantikan Annuar Musa, yang dilantik sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dalam Kabinet Perikatan Nasional awal minggu ini.

Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang mengumumkan perkara itu hari ini berkata, Timbalan Ketua Pemuda Umno Shahril Hamdan turut dilantik sebagai ketua penerangan parti itu.

Shahril menggantikan Shamsul Anuar Nasarah yang dilantik sebagai Menteri Tenaga dan Sumber Asli.

Perubahan ini diputuskan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno hari ini.

Menurut Zahid, turut dilantik sebagai ahli Majlis Kerja Tertinggi Umno adalah Mohd Rais Mohd Yasin. – 12 Mac, 2020.


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen