Bicara 1MDB ditangguh, pasukan peguam Najib jalani kuarantin


Bede Hong

Peguam Muhammad Shafee Abdullah dan pasukannya mendakwa terdedah dengan koronavirus serta menjalani kuarantion sendiri. – Gambar fail The Malaysian Insight, 12 Mac, 2020.

PERBICARAAN 1Malaysia Development Bhd (1MDB) melibatkan Najib Razak ditangguhkan hari ini selepas pasukan 12 peguam bekas perdana menteri itu menjalani kuarantin sendiri kerana disyaki Covid-19.

Ketua pihak pembelaan Muhammad Shafee Abdullah dikatakan dijangkiti virus semasa kenduri pada Sabtu lalu daripada adik iparnya, kata wakil peguam Shafee, Nor Farhah Mustaffa memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur petang ini.

Adik ipar Shafee, perunding Sirim, Sharina Hanur Haris dikatakan mempunyai kontak rapat dengan setiausaha syarikat Sirim yang disahkan dijangkiti Covid-19, Zehrina Waty Zainal baru-baru ini.

Kali terakhir perbicaraan diadakan pada 13 November tahun lepas.

“Virus ini tersebar lebih pantas daripada kepantasan perbicaraan ini,” kata Hakim Collin Lawrence Sequerah.

Hakim berkata beliau memerlukan pengesahan yang Sharina sudah mengambil ujian pengesahan dan sijil perubatan yang Shafee serta pasukannya yang mengatakan mereka diarahkan menjalani kuarantin sendiri.

“Melainkan saya dapat kedua-dua surat ini esok, saya tidak nampak sebarang alasan bagi perbicaraan ini ditangguhkan,” katanya kepada Farhah. – 12 Mac, 2020.

Berita penuh di sini


Daftar atau log masuk di sini untuk komen.


Komen